♥bersamaku♥

Wednesday 17 August 2011

muhasabah diri sebelum kritik orang..



DIRIWAYATKAN oleh ar-Rafi'i: "Jika engkau mahu menyebut cacat cela orang lain maka kenang terlebih dulu cacat cela dirimu sendiri".
Setiap manusia ada titik kelemahan dan cacat cela tersendiri dan
untuk menjadi seorang Muslim yang adil, tidak seharusnya ia membilang cacat cela dan kelemahan orang lain dengan melupakan cacat celadirinya sendiri.
Apabila berbalah, manusia selalu condong kepada memperbesarkan cacat cela dan kesalahan orang lain untuk meletakkan dirinya sebagai seorang bersih, baik, tidak salah dan jujur.
Begitu juga dengan kebiasaan mengumpat dan mengeji, manusia selalu lupa kepada cacat cela atau kelemahan diri sendiri. 

Rasulullah memberi satu garis panduan yang adil apabila kita bernafsu untuk mengkritik, mengumpat dan menyalahkan orang lain, maka hendaklah lebih dulu kita mengambil cermin melihat cacat cela muka dan diri sendiri. 
 
Menurut pakar psikologi, kecenderungan mengumpat atau menyebut cacat cela orang lain didorong oleh perasaan dendam kesumat, perasaan benci dan hasad dengki yang terpendam sekian lama dalam jiwa seseorang. 

Umat Islam tidak dilarang memberi kritikan membina atau pandangan jujur terhadap mana-mana tindakan yang dianggap menyinggung kepentingan umum, melanggar prinsip agama dan perkara yang benar.
Malah, mereka digalakkan memperbetul kesilapan tetapi perlu dilakukan dengan cara yang baik agar kritikan tidak menyentuh maruah atau kecacatan semula jadi yang terdapat pada seseorang. 
bagi Haku satu je
bila orang dok kritik Haku,Haku anggap je die ngah puji Haku..


hahhahaha..
confirm senyum je bila d kritik (puji)
thankz banyak2 atas kritikan ny ye..:)

12 jeritan batinku!!:

nurul said... [Reply to comment]

boleh kritik org.. tapi jgn smpai wat org saket haty..
bgi lah kritikan yg membina kay..

then jgn kritik di tempat yg terbuka..

nurani said... [Reply to comment]

@nurul
nak kritik tp siap banding kan orang ..ssh arr kan..:)

zaty luvlianncez said... [Reply to comment]

sume owg mmg cmtu. pandai kritik je kn.


S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
balik KAMPUNG!!

hyz said... [Reply to comment]

kritik demi kebaikan kita ape salahnya

Fadzli Amir said... [Reply to comment]

Salam kenal....terbiasa sebagai manusia, gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman dseberang lautan terlihat..

♥♥ miracle ara ♥♥ said... [Reply to comment]

btul2, dy kritik kite yg dapat pahale kan=)

nurani said... [Reply to comment]

@zaty luvlianncezzz
ha'ahh..2 arr..kdg2 lupe dr gak kan

nurani said... [Reply to comment]

@hyz
kebaikan ke lau at the same time nak malukan kite??hihihih

nurani said... [Reply to comment]

@Fadzli Amir
btl2..jau je kuman die nmpk kan..hihihi

nurani said... [Reply to comment]

@♥♥ arabella ♥♥
hahha..berat jgk knan ni kan..hihhi

qamarguyz said... [Reply to comment]

salam ziarah..
syukran atas perkongsian tazkirah..
benar sekali..selalunya kritikan hadir kerana hasad dengki..
kalu ikhlas, kritiklah dengan berhemah..secara sendiri-sendiri dan bersembunyi =)

nurani said... [Reply to comment]

@qamarguyz
sye stuju sgt2..jagn la kritik sehingga mbuat sesorg itu bersedih..

kritik yg mebina bukan kritik yang membunuh..hihihih


Shoutbox

♥Nuffnang Ads♥